PENUTUP
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda( kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal".
Surah al-Imran : 190”
Dalam kajian ini, kami mengenalpasti beberapa tokoh dan sumbangan mereka terhadap sains dan teknologi dunia. Antara tokoh yang telah kami kaji ialah Asy-Syarif Al-Idrisi, Ibn Haitam dan Al-Jazari. Melalui kajian ini kami sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kemajuan sains dan teknologi yang telah diilhamkan oleh tokoh-tokoh islam. Banyak pencapaian umat Islam di masa lalu yang hingga saat ini masih membuat ilmuan modern merasa kagum. Seperti umat Islam mampu membuat peta yang hari ini hanya mampu dibuat dengan menggunakan satelit, membuat robot dan lain-lain. Dari sini kita menyedari bahawa Islam tidak bertentangan kemajuan ilmu pengetahuan. Sehingga keliru pendapat yang mengatakan umat Islam perlu sekulerisme untuk menjadi maju. Contohnya, hal menarik dari penemuan al-Jazari adalah bagaimana kaum muslimin dahulu memanfaatkan teknologi untuk memudahkan mereka beribadah. Bagaimana teknologi tersebut dapat membantu mereka kian dekat dengan Allah. Berbeza dengan keadaan kita sekarang, kita sudah bukan yang terdepan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi, dan teknologi tersebut membuat kita lalai dari Allah.
Sekian, wassalam.
Comments