PENGENALAN
....بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Blog ini adalah salah satu kajian di mana kami diberi tugasan untuk mengkaji tentang tokoh ilmuwan Islam yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemajuan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi kini menjadi keutamaan kepada setiap individu. Arus globalisasi menjadi pemangkin kepada kemajuan bidang ini.
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

Islam juga menggalakkan umatnya untuk menceburi pelbagai bidang untuk kebaikan umat sejagat. Sejak zaman Nabi Muhammad SAW, pencapaian kemajuan di dalam bidang ini sangat menonjol. Setelah Islam berkembang ke 2/3 dunia, pelbagai teknologi baharu telah diilhamkan oleh saintis islam. Ianya bukan sahaja merangkumi bidang sains dan teknologi malah ilmu falsafah. Di dalam kajian ini, bidang sains dan teknologi menjadi fokus utama kerana bidang ini menjadi kekuatan umat islam sehingga diiktiraf saintis barat. Perbincangan di dalam kajian ini akan memperkenalkan beberapa tokoh saintis Islam dan sumbangan mereka yang hebat.
Comments