OBJEKTIF
Objektif kajian yang dijalankan adalah
supaya pelajar dapat mengenal tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang telah banyak
berbakti untuk kemajuan Islam dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar juga
dapat mengetahui sumbangan-sumbangan para tokoh terdahulu dalam bidang sains
dan teknologi khususnya bidang kejuruteraan. Selain itu, pelajar dapat mengambil
pengajaran dan iktibar daripada sumbangan-sumbangan tokoh terdahulu agar lebih
cintakan ilmu dan dapat meningkatkan semangat untuk memperkukuhkan agama Allah
dengan mencipta pelbagai teknologi baharu untuk membangunkan Islam.
Comments