Ibnu Haitham
'The Father of Optics' Sumber: Real Clear Science Nama sebenar: Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri. Tarikh lahir: 354 H bersamaan dengan 965 M Tempat lahir: Basrah, Iraq. Gelaran: Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. Tempat tinggal: bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu Jawatan: Pegawai pemerintah di Basrah (selepas tamat pendidikan awal) Teori Optik Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa ma...