ASY-SYARIF AL-IDRISI

TOKOH ILMUWAN ISLAM GEOGRAFI

Sumber: Geonesia, membumikan geografi


Nama sebenar: Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi
Tahun lahir: 1099 Masihi
Tempat lahir: Cetua, Sepanyol
Tahun meninggal: 1166 Masihi
Dikenali sebagai: Asy-Syarif Al-Idrisi al-Qurtubi
Tempat belajar: Cordoba

·         Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan peta bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II di Sicily yang merupakan peta dunia pertama dihasilkan.
·         Peta ini lengkap membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.
·         Menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Negeri-negeri) atau Roger's Book.
·         Buku ini adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan Asia. Buku ini mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya. Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan.
·         Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus.
·         Beliau juga menentukan sempadan laut di kawasan Khatulistiwa yang tidak dapat ditentukan oleh ulama ketika zamannya.
·         Selain itu, Al-Idrisi mengukur garis pusat bumi dan berjaya mendapat keputusannya, iaitu 22,900 batu bersamaan 42,185 kilometer. Ini tidak banyak berbeza dengan ukuran garis pusat yang sebenar, iaitu 40,068 kilometer.
·         Al-Idrisi kemudian mengarahkan jurulukis dan jurupahat yang sangat pandai melukis benua, negara, lautan, sungai dan jalannya.
·         Akhirnya glob dunia itu menjadi satu warisan sangat berharga dan rujukan orang awam, khususnya ilmuwan Eropah mengenai pandangan mereka berhubung dunia.
·         Peta itu berjaya membantu mereka dalam pelbagai pengembaraan dan memudahkan pengembara mencari tempat baru di dunia.
·         Peta itu juga dilengkapkan dengan ukuran panjang dan lebar yang tepat sesebuah kawasan. 
Sumber: Al-Idrisi|Abagond

The part of al-Idrisi’s world map showing Alexandria and its lighthouse, which still stood in 1154. South is “up”.
Sumber: Al-Idrisi|Abagond



Comments

Unknown said…
Terbaikkk. Thank you for the info
Dila said…
never heard of this tokoh before. Input yg baru kpd saya. Good job guys ! keep it up !
Unknown said…
Good job!! Nice blog 👍🏻
Unknown said…
gambar tidak mencukupi, harap boleh ditambah. apapun, good sharing

Popular posts from this blog

Al-Jazari

Ibnu Haitham