ASY-SYARIF AL-IDRISI
TOKOH ILMUWAN ISLAM GEOGRAFI
Sumber: Geonesia, membumikan geografi
Nama
sebenar: Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi
Tahun
lahir: 1099 Masihi
Tempat
lahir: Cetua, Sepanyol
Tahun
meninggal: 1166 Masihi
Dikenali
sebagai: Asy-Syarif Al-Idrisi al-Qurtubi
Tempat
belajar: Cordoba
·
Sumbangan utama tokoh ini ialah
menghasilkan peta bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II di Sicily
yang merupakan peta dunia pertama dihasilkan.
·
Peta ini lengkap membahagikan dunia
kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar,
bukit dan lembah serta gunung-ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan
ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.
·
Menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi
Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Negeri-negeri)
atau Roger's Book.
·
Buku ini adalah sebuah ensiklopedia
geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan
Asia. Buku ini mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca
negara-negara yang terdapat di dalam petanya. Beliau turut menggunakan semula
garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang
dihasilkan.
·
Beberapa abad lamanya, Eropah
menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah
Christopher Columbus.
·
Beliau juga menentukan sempadan laut di
kawasan Khatulistiwa yang tidak dapat ditentukan oleh ulama ketika zamannya.
·
Selain itu, Al-Idrisi mengukur garis pusat
bumi dan berjaya mendapat keputusannya, iaitu 22,900 batu bersamaan 42,185
kilometer. Ini tidak banyak berbeza dengan ukuran garis pusat yang sebenar,
iaitu 40,068 kilometer.
·
Al-Idrisi kemudian mengarahkan jurulukis
dan jurupahat yang sangat pandai melukis benua, negara, lautan, sungai dan
jalannya.
·
Akhirnya glob dunia itu menjadi satu
warisan sangat berharga dan rujukan orang awam, khususnya ilmuwan Eropah
mengenai pandangan mereka berhubung dunia.
·
Peta itu berjaya membantu mereka dalam
pelbagai pengembaraan dan memudahkan pengembara mencari tempat baru di dunia.
·
Peta itu juga dilengkapkan dengan ukuran
panjang dan lebar yang tepat sesebuah kawasan.
Sumber: Al-Idrisi|Abagond
The part of al-Idrisi’s world map showing Alexandria and its lighthouse, which still stood in 1154. South is “up”.
Sumber: Al-Idrisi|Abagond
Comments